CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 18 July 2011

Kepentingan dan Cara Mentarbiah Anak..

" PENTARBIAHAN anak ialah usaha membentuk mereka 
dari segi jasmani,akli,rohani,perasaan dan sosial sehingga menjadi 
ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya."
                                                                 (Al-Sayyid Sabiq)

"Pendidikan itu berlaku dengan cara membiasakan iaitu membiasakan  anak membuat nilai-nilai dan membuat norma-norma yg baik dlm suatu jangka masa waktu yg lama sehingga dia biasa melakukan perbuatan-perbuatan yg baik td."
                                                              (Ibn Sina)

Jadi,dlm kita membesarkan anak-anak dan mendidik mereka hendaklah kita biasakn mereka dalam melakukan sesuatu perkara dgn sendiri kerna dgn cara itu mereka akan melalui proses pembelajaran itu dgn sendiri.Zaman kanak-kanak adalah suatu zaman yg mana kanak-kanak itu mendapat pendidikan di rumah drpd ibu bapanya dan di sekolah drpd guru-gurunya.

Islam tlh meminta ibu bapa supaya mereka memberikan tumpuan yg sepenuhnya pd proses pentarbiahan anak itu krn mereka adalah buah(hasil) kpd kehidupan.Merekalah cahaya dlm hidup supaya mereka dpt mempertahankan kebenaran apabila besar.



Sesungguhnya anak adalah barang yg paling berharga yg dimiliki oleh seseorang selepas iman kpd Allah dan RasulNya.Itulah sebabnya seseorang yg mendidik anak-anaknya dgn baik sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya terhadap Tuhan dan dirinya.Anak adalah faktor yg mendekatkan diri kpd Allah dan rahmatNya seperti yg disebut dlm satu hadis diriwayatkan oleh Ahmad,al-Bukhari dan Muslim..Maksudnya " Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga"

Proses Pentarbiahan sebenarnya adalah bermula semenjak anak itu dilahirkan dan samailah ke akhir hayatnya.Usaha menekankan tarbiah pada peringkat kanak-kanak kerana pd waktu itu mereka lebih bersedia  dan senang diajar.Islam menunjukkan betapa ia menhormati anak itu dan cuba menjadikannya mulia.        

No comments:

Post a Comment