CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 18 July 2011

Kepentingan dan Cara Mentarbiah Anak..

" PENTARBIAHAN anak ialah usaha membentuk mereka 
dari segi jasmani,akli,rohani,perasaan dan sosial sehingga menjadi 
ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya."
                                                                 (Al-Sayyid Sabiq)

"Pendidikan itu berlaku dengan cara membiasakan iaitu membiasakan  anak membuat nilai-nilai dan membuat norma-norma yg baik dlm suatu jangka masa waktu yg lama sehingga dia biasa melakukan perbuatan-perbuatan yg baik td."
                                                              (Ibn Sina)

Jadi,dlm kita membesarkan anak-anak dan mendidik mereka hendaklah kita biasakn mereka dalam melakukan sesuatu perkara dgn sendiri kerna dgn cara itu mereka akan melalui proses pembelajaran itu dgn sendiri.Zaman kanak-kanak adalah suatu zaman yg mana kanak-kanak itu mendapat pendidikan di rumah drpd ibu bapanya dan di sekolah drpd guru-gurunya.

Islam tlh meminta ibu bapa supaya mereka memberikan tumpuan yg sepenuhnya pd proses pentarbiahan anak itu krn mereka adalah buah(hasil) kpd kehidupan.Merekalah cahaya dlm hidup supaya mereka dpt mempertahankan kebenaran apabila besar.



Sesungguhnya anak adalah barang yg paling berharga yg dimiliki oleh seseorang selepas iman kpd Allah dan RasulNya.Itulah sebabnya seseorang yg mendidik anak-anaknya dgn baik sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya terhadap Tuhan dan dirinya.Anak adalah faktor yg mendekatkan diri kpd Allah dan rahmatNya seperti yg disebut dlm satu hadis diriwayatkan oleh Ahmad,al-Bukhari dan Muslim..Maksudnya " Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga"

Proses Pentarbiahan sebenarnya adalah bermula semenjak anak itu dilahirkan dan samailah ke akhir hayatnya.Usaha menekankan tarbiah pada peringkat kanak-kanak kerana pd waktu itu mereka lebih bersedia  dan senang diajar.Islam menunjukkan betapa ia menhormati anak itu dan cuba menjadikannya mulia.        

Friday 15 July 2011

Keluarga Harmoni


Menjadi Keluarga Harmoni....
"Apa penyelesaian dari masalah keluarga?" Tanya seseorang kepada saya. solusinya hanyalah "cinta"Jawab saya. "laa sesimpel itu?" Ya!
Cinta adalah bahan dasar dari hidup kita, kita perlu cinta dan juga perlu untuk memberikan cinta. Kita ada di muka bumi ini juga kerana cinta. Pernah ada yang menyanggah pemikiran ini, jika saya dilahirkan kerana "kemalangan dan ketelanjuran orang tua saya, dan saya dihantar kepusat asuhan ?"jawab saya "ya, dihantar kerana cinta, buktinya anda masih hidup dan dengan perasaan cinta pihak pusat asuhan masih menerima anda dan mendidik anda, jika tidak ada cinta, bagaimana? " sambil terdiam seorang wanita muda setengah baya ini berfikir, dan termenung. Raut mukanya menunjukkan kekesalan akan satu pencarian yang tak kunjung selesai dan perasaan kecewa juga menyelimuti hatinya. Hanya dua pertanyaannya dikepalanya "siapa orang tuaku dan mengapa ini terjadi padaku?"
Cinta memang akan sangat mudah menghidupkan dan menggairahkan kehidupan serta bahan bakar manusia untuk melakukan aktiviti dan pekerjaan besar. Setiap pekerjaan besar dan dahsyat pasti didasari dengan cinta. Seorang pelukis handal pasti menghasilkan karya terindah yang didedikasikan pada kecintaannya pada bidang dan karya yang diselesaikannya.
Sama halnya dengan keluarga, penyelesaian dari setiap permasalahan keluarga adalah cinta. Cinta yang bagaimana yang boleh menjadi penyelesaian? Soalan-soalan yang bagus sekali. Kita akan membahasnya dengan cara yang mudah dan sederhana. Kita akan mempelajari sesuatu yang mungkin baru, anda tinggal membaca sahaja tulisan ini dan dengan mudah anda akan melaksanakan bagi keluarga dan orang-orang yang anda cintai. 

Salam Pembuka Bicara...